Sunday, December 12, 2010

Simpan Dokumen WORD Ke PDF (MS Word 2003)

MS Office Word boleh menukarkan fail .doc kepada .pdf dengan hanya menggunakan add-on di dalam MS Word itu sendiri. Bagi pengguna Office 2007, aplikasi ini telah sedia ada di dalam perisian tersebut. Manakala bagi pengguna MS Office 2003 anda perlu menambah add-on dengan melakukan instalasi terlebih dahulu. Setelah selesai, klik pada menu file > save as > pilih fail > pdf



Friday, December 10, 2010

Save PDF To Word Document For Free

I found this tool to be prefect converter. We can convert a single file (or many files), all the files within one folder or the entire directory. Also, the other converters availability and that too at the same location helps a lot. It will surely solve a large number of your problems.
The tool has been tested on WIndows 7, so it will be compatible with the other versions also.



Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2011

Salam warga SKT6, sila klik link dibawah untuk muat turun

Taklimat Pengurusan Akademik Mersing Sesi 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pegawai-pegawai di PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar

Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.

Wednesday, December 8, 2010

Siaran kali Kedua - TAKWIM SUKAN DAN PERMAINAN 2011

Dimaklumkan bahawa siaran bagi program sukan & permainan ini adalah untuk paparan kali kedua bagi makluman dan tindakan pihak tuan / puan


Sumber: PPD Mersing

Tuesday, December 7, 2010

Mozilla Firefox Vs Internet Explorer


Internet Explorer (IE)
Browser ini merupakan aplikasi bawaan dari Windows, yang terbaru adalah Internet Explorer 9, beberapa kelebihannya pada IE 9 adalah interface yang elegan, kemudahan Add On setanding Firefox, kelemahan IE 9 pada instalasi, kita harus update menu windows kita dan pada beberapa script kadang gagal untuk membacanya (Biasanya pada Blog).

Mozilla Firefox 
Satu lagi browser yang popular ialah mozilla firefox. Instalasi Firefox adalah lebih mudah, dan terdapat pelbagai add on boleh dipasang pada browser ini. Proses memulakan aplikasi ini lebih cepat dibanding kan IE , lebih serasi pada web Multimedia. Kelemahan pada browser ini ialah pada Add on, sekiranya terlalu banyak maka pada start awal akan menjadi lambat disebabkan membaca semua add on terlebih dahulu.

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Salam MaalHijrah,


 Semoga kita mendapat keberkatan hidup pada tahun hadapan

Waran Perjawatan 2011

Bagi menentukan waran PERJAWATAN 2011, sila penuhkan BORANG KMK 2011 & hantarkan hard copy & softcopy ke PPD (U.P: PEN. PPD RENDAH) PADA ATAU SEBELUM 8 DISEMBER 2010.

SILA EMAILKAN SOFTCOPY TERSEBUT KE ALAMAT EMAIL BERIKUT:
abdulhalimtalib@yahoo.com

Pelunjuran_KMK_2011(Mersing).xls



Cadangan Tarikh Peperiksaan Bagi Tahun 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing sedang merangka untuk membuat penyelarasan Takwim 2011.

Sehubungan itu mohon kerjasama untuk menyemak dan meneliti tarikh-tarikh cadangan untuk ujian dan peperiksaan tahun 2011. Sebarang ulasan dan cadangan boleh dicatat dalam ruang ulasan yang disediakan dalam blog mersing hebat ini. (Ulasan mengikut tajuk hebahan). Klik Sini

SEKOLAH RENDAH :

a. UPPM 1 : 1 - 3 MAC 2011.
b. PEP. SELARAS 1 : 7 - 11 MAC 2011.
c. PEP. PERTENGAHAN TAHUN : 24 - 27 MEI 2011.
d. UPPM 2 : 18 - 20 MEI 2011.
e. UPPM 3 : 26 - 28 JULAI 2011.
f. UPSR : 20 - 22 SEPTEMBER 2011.
g. PEP.AKHIR TAHUN : 1 - 4 NOV. 2011.

Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

Seminar Audit Kewangan bagi Tahun 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami bersama Unit Audit Sekolah dari Pejabat Audit Sekolah akan mengadakan kursus seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 02 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Mersing (ILP Mersing)

Lampiran 1:  LAMPIRAN_A_2_Dis_2010.doc
Lampiran 2:  SEMINAR_AUDIT_KEWANGAN.PDF

Thursday, November 25, 2010

Bantuan Khas Kewangan Kedua Tahun 2010

Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan kali kedua sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda Kerajaan.

Wednesday, November 24, 2010

Dapatan Saringan Linus Daerah Mersing Tahun 2010

Berikut dimaklumkan pencapaian Saringan 3 LINUS Mersing bagi tahun 2010.

LITERASI : Pemulihan : 4.45 %     LINUS : 14.24 %      Perdana : 81.31 %

NUMERASI : Pemulihan : 1.78 %      LINUS : 12.14 %      Perdana : 86.98 %

Lampiran 1 : Numerasi.pdf
Lampiran 2 : Literasi.pdf
Lampiran 3 : Lepas_All.pdf
 
sumber: blog mersing hebat

Monday, November 22, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvo SKT6 tahun 2010

Pada 18 November 2010, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi telah diadakan. Ini merupakan acara tahunan untuk melahirkan penghargaan kepada para pelajar yang terlibat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  En. Tumiran B. Ahmad selaku YDP PIBG SK Tenggaroh 6. Pelbagai persembahan menarik dapat disaksikan dalam majlis tersebut termasuklah persembahan tarian zapin dari murid Prasekolah Ixora, persembahan multimedia & koir. Gambar rasmi majlis tersebut akan disiarkan di dalam halaman facebook SKT6. Klik Sini

Kelahiran Puteri Kepada Ustaz Faizal B. Janor

Syukur Alhamdulillah kerana Ust. Faizal kini sudah bergelar bapa dengan kelahiran cahaya mata pertama perempuan pada hari ini (Isnin 22 Nov 2010). Tahniah diucapkan.

Sunday, November 21, 2010

E-Penyata Gaji ANM

E-Penyata Gaji merupakan satu kemudahan yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara bagi mengatasi masalah kelewatan mendapatkan Slip Gaji di kalangan penjawat awam.

Dengan adanya kemudahan ini, Kakitangan Kerajaan atau Penjawat Awam tak perlu menunggu Slip Gaji untuk urusan pinjaman atau urusan lain.

Sila klik di sini untuk tindakan lanjut.

Cadangan Baju Korporat Sekolah

Salam warga SKT6. Di sini ada design baju korporat (cadangan). Seperti yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah Kelab Bilik Guru SKT6, warna yang akan digunapakai ialah PUTIH & MERAH MAROON.

Sekitar Keputusan UPSR 2010

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan dengan berita gembira di mana Johor telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menduduki tempat ke EMPAT peringkat kebangsaan. Ini sekaligus mencapai matlamat Johor untuk berada di TOP FIVE dalam UPSR 2010.

Keputusan UPSR Mersing adalah seperti berikut :

MENGUASAI - 65.60 %       CEMERLANG - 7.54 %       GPS - 2.29












Sistem Pesanan Ringkas `PPD MERSING`

Unit maklumat, PPD Mersing telah berjaya mengaplikasikan Infoblast Telekom sebagai SMS RASMI (Short Message Service - Sistem Pesanan Ringkas) PPD Mersing setelah berjaya melalui tempoh percubaan selama 2 minggu.

Nama "PPDMERSING" telah didaftarkan dengan Telekom Malaysia untuk digunakan sebagai pengguna sah. Dengan ini menerima mesej dari "PPDMERSING" ke telefon bimbit anda adalah menerima Mesej Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.

Sistem mesej ini adalah sistem SMS satu hala, bermaksud untuk digunakan oleh PPD menghantar mesej ringkas tetapi penerima tidak boleh menghantar/membalas mesej ke "PPDMERSING".

Kursus KSSR Tahun 1 2011 Untuk Guru Pend. Kesihatan

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut : 

  • Tarikh : 23 - 24 November 2010 (Selasa dan Rabu)
  • Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)
  • 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Sesi 2011.
Pakaian : Pakaian Sukan ‘Track Suit’.


Perhatian : Pesrta diminta membawa “ Tumb Drive ”.

Saturday, November 20, 2010

Bermulanya Cuti Persekolahan

Sesi persekolahan bagi tahun 2010 telahpun berakhir di mana bermulanya cuti akhir tahun. SKT6 mengucapkan selamat bercuti kepada warga pendidik serta para pelajar. Semoga masa cuti ini dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah. Sehingga bertemu kembali pada sesi persekolahan tahun 2011.

Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 16 Ogos 2010, satu sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan sempena ulangtahun kemerdekaan ke-53 peringkat SKT6. Majlis tersebut merupakan acara pengisian tahunan yang juga diadakan ada tahun-tahun sebelumnya.