PROFIL SEKOLAH

1. SEJARAH SEKOLAH

Dua puluh dua tahun yang lalu, iaitu pada 1 Januari 1987 sebuah sekolah rendah telah ditubuhkan di rancangan Felda ini. Ia mempunyai 3 blok bangunan setingakat mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, ruang pejabat dan kantin.



Sekolah ini mula beroperasi 2 sesi dengan kapasiti murid seramai 156 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang lepasan maktab.


Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Ia telah didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961.


SKT 6 telah menerima bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat di bawah peruntukan pembangunan pendidikan dan mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pusat sumber. Selain itu, bangunan ini juga telah menempatkan bilik guru, surau, bilik SPBT pejabat dan stor.




Pada Awal Mac 1991, bangunan ini siap dibina dan digunakan sepenuhnya. Bermula 23 Mac 1991 sekolah ini telah mula menjalankan sistem persekolahan 1 sesi iaitu pada sesi pagi sahaja.


Pada 1995, kapasiti murid telah meningkat kepada 488 orang. Pertambahan ini telah menyebabkan bilik khas seperti j-Qaf, bilik pemulihan, pra-sekolah, bilik KH serta makmal sains dibuka.


Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah dibina dan siap dibina pada tahun 2002 dengan kemudahan 20 set komputer. Pada tahun berikutnay, Pusat Akses Sekolah (PuAS) pula dibuka dengan kemudahan 10 set komputer. Bilik PuAS telah ditempatkan di dalam  makmal komputer berikutan bilik khas tidak mencukupi pada ketika itu.


Pada tahun 2007, satu blok bangunan 3 tingkat telah mula dibina dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2009. Ia menempatkan bilik-bilik khas seperti j-Qaf, Bilik seni visual, bengkel Kemahiran Hidup, makmal sains, surau, bilik SPBT, bilik SAL dan bilik darjah.


 

2. ENROLMEN GURU DAN PELAJAR

GURU


MURID



3. LENCANA SEKOLAH

  

Warna:
(a) Biru - Perpaduan & Kemakmuran
(b) Oren - Lambang FELDA
(c) Putih - Keluhuran & Kesucian Hati
(d) Merah - Ketabahan & Keberanian
 
Lambang:

Obor - Pendidik adalah penyuluh untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan

Buku - Matlamat utama melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan

Bentuk Enam:
Masyarakat Felda Tenggaroh 6

Tapak Latar:
Sokongan padu dari masyarakat setempat



4. BENDERA SEKOLAH



Bendera SK Felda Tenggaroh 6 terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian atas yang berwarna BIRU bermaksud perpaduan antara masyarakat setempat dengan pihak sekolah. Bahagian bawah yang berwarna MERAH bermaksud keberanian menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan. Bahagian yang berwarna PUTIH pula bermaksud suci dan murni.




5. LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tenggaroh 6
Sungguh Indah Berseri
Berusaha dan Berbakti
Untuk Nusa dan Pertiwi


Majulah Maju SKT 6
Dalam Segala Lapangan
Kesopanan dan Kesabaran
Jadi Amalan Perjuangan



Azam Kami Untuk Kejayaan
Demi Nusa dan Bangsa
Walau Apa Jua Dugaannya
Kamikan Tetap Berusaha



Majulah Maju Sekolahku
Harumkanlah Oh Namamu
Biar Terus Jadi Sebutan
Pujaan dan Sanjungan