Pada 26 September 2012, SKT6 telah dikunjungi oleh seramai 75 orang pelajar dan 9 orang guru Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara Kuala Lumpur dalam Program Pertukaran budaya. Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada PIBG, Belia dan masyarakat setempat. Program ini juga telah mendapat liputan daripada akhbar Harian Metro.
Mereka telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari pelajar-pelajar SKT6 dan Belia FELDA Tenggaroh 6. Antara persembahan kebudayaan yang dipersembahkan ialah Paluan Kompang (Pelajar SKT6), Joget Lodeh Mak Lodeh (pelajar SKT6), Tarian Zapin (Belia FELDA Tenggaroh 6), Nyanyian Solo - Bahtera Merdeka (Pelajar SKT6), Kuda Kepang (Belia FELDA Tenggaroh 6) dan Boria 1 Malaysia Membanteras Dadah (Pelajar SKT6).
Setelah selesai persembahan kebudayaan, pelawat dibawa ke padang SKT6 untuk diperkenalkan dengan permainan rakyat. Antara permainan rakyat yang diadakan ialah Terompah Gergasi, Boling Padang, Sepak Raga Bulatan, Galah Panjang dan Tarik Upih. Mereka berpeluang bermain permainan ini bersama-sama pelajar SKT6 dan masyarakat setempat. Meraka juga berpeluang untuk belajar memukul kompang.
Berikut merupakan tentatif program:
2.00 pm - Pelajar & guru berkumpul di dataran
Perhimpunan
2.45 pm - Ketibaan Pelawat ( Sekolah Antarabangsa Mont Kiara )
- Paluan kompang & bunga manggar
3.00 pm - Berhimpun di Dewan SKT6
- Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Persembahan kebudayaan
* Joget Lodeh Mak Lodeh (Pelajar SKT6)
- Ucapan Guru Besar SKT6
- Persembahan kebudayaan
* Tarian Zapin (Belia FELDA Tenggaroh 6)
* Nyanyian Solo - Muhamad Nik Baihaqi
( Bahtera Merdaka)
* Kuda Kepang (Belia FELDA Tenggaroh)
* Boria 1 Malaysia Membanteras Dadah (Pelajar SKT6)
3.30 pm - Tetamu dibawa ke padang
- Persembahan Kebudayaan & Permainan Rakyat
* Terompah Gergasi
* Boling Padang
* Sepak Raga Bulatan
* Galah Panjang
* Tarik Upih
* Kompang
4.30 pm - Bersurai beserta Paluan Kompang (Belia FELDA Tenggaroh 6)
No comments:
Post a Comment