Wednesday, May 2, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SK FELDA TENGGAROH 06 KALI KE-24

Mesyuarat Agung PIBG SK FELDA Tenggaroh 06 kali ke-24 telah diadakan pa 26 April 2012 yang lalu. Keadiran ibu bapa / penjaga seramai lebih kurang 100 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Ezrangee Bin Ma'on, Pengurus FELDA Tenggaroh 06. Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh ibu bapa / penjaga dan dibincangkan bersama pihak PIBG dan sekolah. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2012/2013 juga berjalan dengan lancar. Majlis juga telah dimeriahkan dengan persembahan pelajar SKT6 dan penyampaian cenderahati kepada pelajar yang telah mendapat 5A dan 4A dalam UPSR tahun 2011. Pihak sekolah menucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga yang hadir. 

 Tentatif Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24

2.30 pm   :  Pendaftaran anggota mesyuarat dan tetamu jemputan.
3.00 pm   :  Persembahan pelajar SKT6.
                    - Nyanyian lagu "I Have A Dream"
                    Mesyuarat Agung PIBG SKT6 Kali Ke-24 bermula.
4.00 pm   :  Mesyuarat dijangka tamat.
4.10 pm   :  Aturcara Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-24
                    1) Bacaan Doa 
                    2) Persembahan pelajar SKT6
                         - Choral Speaking "Fun Rules"
                    3) Ucapan Alu-aluan Guru Besar SKT6
                    4) Ucapan Alu-aluan Yang di-Pertua PIBG SKT6
                    5) Ucapan Perasmian Penutup Oleh Tuan Pengurus FELDA Tenggaroh 6
                    6) Penyampaian Cenderamata Perasmi
                    7) Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011
                    8) Penyampaian Skim Galakan Kecemerlangan PIBG 2012
                    9) Persembahan Pelajar SKT6
                         - Nyanyian Lagu "Keluarga Bahagia" 
                  10) Nyanyian Lagu "Negaraku"
5.30 pm  : Majlis dijangka tamat & bersurai.












No comments:

Post a Comment