Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, Sambutan Hari Guru SK FELDA Tenggaroh 06 dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anka bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion perguruan.
Sambutan Hari Guru peringkat SK FELDA Tenggaroh 06 yang bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara" ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mngenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di sekolah. Berikut merupakan tentatif Program Sambutan Hari Guru SK FELDA Tenggaroh 06 Tahun 2012 :-
15 Mei 2012
7.30pagi - Berkumpul di Kantin SK FELDA Tenggaroh 06
8.00pagi - Ucapan Aluan Guru Besar
8.15pagi - Bacaan Yassin & Tahlil sempana Hari Guru
9.00pagi - Proses Pengudian "Guru Hitz" SKT6
9.15pagi - Pertandingan Catur Hari Guru
10.00pagi - Rehat
10.30pagi - P&P
16 Mei 2012
7.30pagi - Perarakan sempena Hari Guru SKT6
- Perhimpunan
- Perhimpunan
- Nyanyian Bangsa Johor & Lagu Sekolah
- Bacaan Doa & Ikrar
- Perutusan Hari Guru
- Ucapan Guru Besar
- Menteri Pelajaran Malaysia (GPK1)
- KPPM (GPK HEM)
- Pengarah Pelajaran Negeri Johor (GPK KOKO)
- Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2012 & Lagu Guru Malaysia
- Nyanyoan Lagu Negaraku
- Acara memotong kek Hari Guru
- Acara memotong kek Hari Guru
Tahniah....cantik....
ReplyDelete